Friday, June 11, 2010

Perjuangan Melayu


Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia berbangga kerana telah dilahirkan di sini. Ini kerana di negara malaysia ini bebas dari ancaman musuh. Rakyat Malaysia hidup bersatupadu walaupun berlainan kaum. Sebagai contoh terdapat sebuah kisah mengenai seorang pelancong yang ingin mengetahui adat istiadat orang cina,india dan melayu, tetapi beliau tidak pasti ingin pergi ke negara mana. Setelah beberapa hari berfikir beliau mengambil keputusan untuk pergi ke Malaysia. Hal ini adalah kerana di Malaysia terdapat ketiga-tiga kaum tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana walaupun kita hidup dalam pelbagai kaum tetapi hidup kita lebih selamat berbanding negara-negara yang lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah membekalkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sangat penting bagi seorang yang akan memimpin negara di masa akan datang. Jika tiada ilmu kita akan mudah ditindas oleh penjajah, mereka boleh merampas negara kita dengan mudah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengekalkan keamanan yang telah lama dijaga.Jangan mudah berputus asa walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa kita lalui. Angaplah itu semua satu ujian daripada ALLAH S.W.T....

No comments:

Post a Comment